TANDA-TANDA PENYAKIT MISTERI DAN KESAN SANTAU


Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama.
Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama.Rawatannya juga adalah sama.
Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samaada seseorang itu terkena racun atau santau.
Pada kebiasaanya,mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah.
Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehingalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas.Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas.
JENIS-JENIS SANTAU:
Santau boleh di bahagi kepada dua jenis:
*Jenis pertama
Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan.jenis ini agak mudah dirawat.
*Jenis kedua:
Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan jin.Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerena melibatkan peranan jin.
TANDA-TANDA TERKENA SANTAU:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
*Batuk berlarutan,kadang-kadang batuk berdarah dan bernana dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
*Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
*Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat.Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat jumaat.
*Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib.
*Lenguh seluruh anggota badan.
*Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
*Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
*Mimpi bahan-bahan miang seperti buluh dan ulat bulu.
*Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
*Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
KESAN-KESAN SANTAU:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperit berikut:
*Hilang daya ingatan.
*Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
*Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
*Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
*Jika penyakit hamil akan mengalami keguguran.

No comments:

Post a Comment