MENGAPA PERLU BERBUKA DENGAN KURMA???


Berbuka dengan buah kurma memang amat disarankan kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada buah ini. Ia bukan sahaja baik untuk orang yang berpuasa, bahkan baik juga untuk dimakan pada bila-bila masa.

Sebahagian besar daripada isi buah ini terdiri daripada karbohidrat dalam bentuk gula (glukosa atau fruktosa) sehingga membuatkan ia berasa manis. Frukotsa mudah dicerna oleh tubuh dan bagi yang berpuasa, buah ini amat sesuai dimakan bagi mengembalikan tenaga dengan segera setelah berpuasa seharian.

Selain Karbohidrat, buah ini juga mengandungi vitamin A, B Compleks dan Vitamin C, magnesium dan kandungan kalium yang banyak. Zat-zat ini penting untuk tubuh terutama pada jantung dan pembuluh darah.


KHASIAT BUAH KURMA


1.  Kandungan serat yang tinggi untuk menlancar sistem pencernaan.

2.  Kurma kering boleh menguatkan sel-sel usus kerana mengandungi serabut yang dapat mengawal      pergerakan usus.

3. Mengandungi Zat besi dan kalium yang mampu meningkatkan penghasilan air susu ibu bagi ibu yang menyusui.

4. Buah kurma dapat mengendalikan hipertensi dengan mengatur kadar prostatlandin yang berfungsi dalam proses tekanan darah. namun penghidap diabetes disarankan agar tidak mengambil buah ini secara berlebihan.

5. Buah kurma dapat membantu mengurangi ketegangan mental, dan insomnia.











No comments:

Post a Comment