Chong Wei Rangkul Gelaran Juara Terbuka Kanada




Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan perestasi terbaiknya apabila menjuarai terbuka kanada, di Calgary, Kanada, awal pagi tadi (isnin). Pada saingan itu, Chong Wei menjinakkan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, 21-17, 21-13.


Terdahulu, beliau turut menjuarai Grand Prix Emas terbuka Amerika syarikat (AS), dua minggu lalu. Ia adalah kejuaraan pertama dimenanginya selepas menjalankan hukuman penggantungan selama lapan bulan akibat kesalahan doping. Dua kemenangan yang dirangkul Chong Wei membuktikan beliau masih lagi pemain harapan negara.












No comments:

Post a Comment