TERKEJUT...!!! LINTAH GEREGASI DI TEMUI SELEPAS BANJIR





Macamana lintah ini boleh jadi besar macam ular sawah?

Kalau kena sedut, mau kering darah dalam badan.


Lelaki Temui LINTAH GEREGASI BERMUKA PELIK DI Kuala Kangsar!!!!

Aktiviti santai seorang lelaki dikejutkan dengan penemuan haiwan yang kelihatan seperti lintah geregasi, terletak di persisiran sayong. Muhamad Hafizuddin Mohd saleh, 22, berkata, fizikal haiwan tersebut seperti ular sawa namun lebih pendek dan gemuk, manakala kulitnya kasar seperti biawak.

"Masa mula-mula memang saya sangat terkejut sebab belum pernah melihat haiwan seperti itu, tetapi saya beranikan diri pergi lagi dekat untuk melihat haiwan itu. Wajahnya agak ngeri. Mujurlah, haiwan itu sudah mati, kalau tidak pasti saya lari," katanya.
menurutnya, susulan penemuan itu, dia mengambil gambar haiwan terbabit untuk ditunjukkan kepada rakan-rakanya.

"Kawan-kawan pun kata itu kali pertama mereka lihat haiwan itu. Malah, ada juga kenalan yang hubungi saya sebab mahu lihat gambar haiwan pelik itu. Mulanya, saya ingat haiwan itu tersesat di sini sebab dibawa arus banjir, baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, mohd Haspi Hamzah memaklumkan haiwan pelik yang dimaksudkan itu adalah sejenis ular air tawar yang dikenali sebagai ular guni buruk atau ular karung guni.


Menurutnya, ramai orang mengangapnya pelik apatah lagi dengan fizikalnya menyerupai ular sawa namun bentuk muka sedikit berlainan, tambahan pula jarang ditemui.

"Biasanya ular ini tinggal di sawah padi dan jarang keluar dari kawasan itu, ular yang makan ikan itu tidak agresif seperti ular yang lain. Mungkin banjir yang berlaku baru-baru ini menyebabkan ular itu sampai ke Persisiran Sayong," katanya. 

SUMBER SINAR HARIAN.


No comments:

Post a Comment