SUAMI PAKSA ISTERI TEGUK ASID




KUALA LIPIS


Seorang wanita melecur di bahagian bahu dan belakang selepas disimbah asid oleh suaminya, dalam kejadian di sebuah rumah kongsi, di bandar ini.

Mangsa berusia 30 tahun yang juga warga Indonesia mengalami kecederaan parah di badan dibantu jiran sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Sp Abdul Razak Hassan berkata, Sebelum kejadian, pasangan itu dipercayai bertengkar kerana masalah peribadi yang gagal diselesaikan dengan baik.

"Suspek yang juga warga Indonesia Kemudian mengambil sebotol cecair mengandungi asid dan mengarahkan mangsa meneguknya namun isterinya enggan berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata, suspek dan mangsa bergelut sebelum lelaki itu mencurahkan cecair berkenaan ke badan mangsa mengakibatkanya menggelupur menahan kesakitan.


Katanya, suspek yang turut cedera melarikan diri sebelum berjaya ditahan di Raub.

 










No comments:

Post a Comment