CINTA FACEBOOK RUGI RM10,000


Sandakan

Impian seorang lelaki dari Semenanjung bertemu kekasih hati dikenali melalu laman sosial Facebook bukan saja berkecai, malah kerugian RM10,000 selepas wanita berkenaan tidak muncul dan panggilan telefon tidak dijawap.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohd Noor berusia 30-an datang ke Lapangan Terbang Sandakan baru-baru ini ingin bertemu ahli keluarga teman wanitanya dipercayai untuk merisik dan melangsungkan pertunangan.

Sebelum tiba di daerah ini, mangsa dipercayai telah memasukkan RM10,000 seperti yang diminta wanita terbabit dengan alasan untuk membuat persediaan majlis pertunangan.

Mangsa yang buntu dilihat berlegar-legar tanpa tujuan di sekitar lapangan terbang itu sehingga petang sebelum disedari orang ramai.

Selepas mendapati mangsa ditipu, orang ramai membawa lelaki itu ke balai polis untuk membuat laporan dan mendapatkan bantuan.



Gambar akaun Facebook yang dipercayai palsu milik wanita yang memperdayakan lelaki dari semenanjung






Cinta facebook....

No comments:

Post a Comment