KAYA RAYA Bukan Bermakna BERJAYA







Lazimnya orang percaya bahawa orang yang berjaya ialah orang yang hidup kaya raya.

Mereka yang mempunyai anggapan begitu sebenarnya menganggap wang dan kejayaan adalah seerti ada wang kita berjaya, tidak ada wang kita tidak berjaya.

Pandangan inilah yang mendorong ramai orang bertungkus lumus hendak menjadi orang yang berwang.


Selain daripada wang ada lagi perkara-perkara lain yang selalu dijadikan ukuran kejayaan, seperti jawatan, sijil, nama dan rekod, tetapi wang adalah ukuran yang paling banyak digunakan.


Wang tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan. Ramai orang yang kaya raya sebenarnya tidak pun berjaya membina kehidupan yang baik dan mulia bagi dirinya.

Malah banyak orang yang kaya raya berjaya mengumpulkan harta yang banyak dengan melakukan perkara-perkara yang salah dan terlarang.

Malah ramai pula individu-individu yang sebenar-benarnya berjaya sengaja memili gaya hidup yang amat sederhana dari segi kebendaan.

Apabila seseorang itu menjadikan wang sebagai kayu ukuran kejayaan, dia sebenarnya menggunakan ukuran luaran.

Wang dan harta adalah suatu benda yang ada di luar diri seseorang.


Dia juga menggunakan orang-orang lain sebagai perbandingan bagi dirinya, di mana untuk mengukur sama ada dia sudah boleh menggelarkan dirinya sebagai orang yang berjaya ataupun belum, dia membandingkan dirinya dengan orang-rang lain yang mempunyai wang.

Kalau wangnya sudah sama banyak, ataupun lebih banyak daripada orang-orang itu, maka dia menganggap dirinya suda berjaya.

Perbuatan menilai kejayaan sendiri dengan menggunakan wang dan orang-orang lain sebagai perbandingan adalah cara yang tidak bijaksana.

Orang yang berjaya ialah orang yang dapat melakukan sesuatu dengan sebaik-baik keupayaannya, di dalam aspek-aspek yang penting dalam kehidupan.

Mereka melakukan yang terbaik berdasarkan bakat dan kemampuannya untuk agamanya, perkerjaanya, perkahwinannya dan bagi masyarakatnya.

Kejayaan tidak seerti dengan nama, harta, pingat emas ataupun kertas sijil.

Kalau itulah ukuran kejayaan, maka ukuran itu bersifat luaran. Ukuran luaran bermakna kita membandingkan kejayaan kita dengan kejayaan orang lain, maka kita anggap kita sudah berjaya.









No comments:

Post a Comment