HOKI: Malaysia Belasah Ireland 4 - 2




Skuad HOKI negara berjaya mengalahkan IRELAND 4 - 2 untuk ke peringkat suku akhir saingan kumpulan B Liga Hoki Dunia di Stadium K.H.C Dragons, semalam ( khamis ). Susulan kejayaan itu memberi peluang kepada skuad bimbingan Tai Beng Hai untuk menduduki sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam kumpulan B untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik Rio 2016.

Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin menghasilkan mata pertama buat skuad negara pada minit ke-13. 
The Green machines bangkit menyamakan kedudukan 1-1 seminit kemudian menerusi pukulan Peter Caruth.

Malaysia kembali  mendahului apabila kapten pasukan, Muhamad Razie Abdul Rahim menghasilkan gol kedua pada minit ke-16.

Shane O'Donoghue menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Sukri Mutalib tampil sebagai hero apabila menjaringkan gol ketiga sebelum Izwan Firdaus menjadikan kedudukan 4 - 2 pada minit ke-53.




MALAYSIA BOLEH.....


No comments:

Post a Comment