Rumah Bekas Teman Wanita Dibakar Selepas Pinangan Ditolak




KEMAMAN


Susulan daripada pinanganya ditolak, seorang pemuda dipercaya bertindak ganas dengan membakar sebahagian rumah bekas teman wanitanya di Taman Indah Geliga, kemaman pada Ahad lepas. Insiden itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi selepas pengadu yang juga bapa kepada wanita berkenaan mendapati bahagian bumbung rumahnya telah terbakar.


Ketika kejadian, penghuni kediaman tersebut tiada di rumah kerana sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan kuantan dan sebaik sampai di dalam rumah. Malah sebelum itu, anak gadisnya yang berusia 19 tahun telah menerima ugutan pukul melalui panggilan telefon daripada suspek sekiranya wanita itu enggan menemui suspek.








No comments:

Post a Comment