KELUARGA TIDAK BERKEMAMPUAN






Berita Keluarga.
Keluarga dari Kg. Minisulang, Magandai, Kota Marudu.
Nama anak: Elena Maijo.
Bapa: Maijo : 0138844201




Sesiapa yang bermurah hati. Kiranya dapat menghulurkan derma dengan melawat keluarga ini di Hospital Likas. Tingkat 6, bilik 9.








Keluarga agak tidak berkemampuan.
Lokasi rumah tiada jalan perhubungan jalan raya. Motorsikal atau kenderaan tidak sampai. Hanya berjalan kaki selama sejam lebih atau dua jam untuk tiba di kampung ini.
Khamis minggu ini kami berpeluang melawat keluarga ini dan anak ini. Dan memberikan cadangan agar anak ini dihantar ke Hospital Likas.


Beberapa rakan telah memujuk ibubapa anak ini. Mereka hanya menggunakan cara rawatan tradisional akibat tidak berkemampuan untuk membawa anak ini ke hospital dengan kadar tambang yang agak mahal. Beberapa rakan staf sekolah telah mengumpul derma. Pada pagi jumaat kelmarin, bapa dan rakan sekampungnya telah menghantar anak ini ke sekolah Sk. Magandai dan ditumpangkan pada kenderaan staf sekolah dan dihantar terus ke Hospital Likas.
Seruan: Sesiapa yang bermurah hati. Kiranya dapat menghulurkan derma dengan melawat keluarga ini di Hospital Likas. Tingkat 6, bilik 9.


Sewaktu sy berada di luar bilik kecemasan kelmarin. Sy terdengar perbualan antara ayah anak ini dan doktor serta jururawat. Doktor dan jururawat bertanya pada ayah ini. Kamu beragama apa? Ayah ini dengan pantas bercakap hari enam. Jururawat pun berkata ooo kristian. Dengan jawapan itu, dalam hati saya, syukur ayah ini memiliki pengharapan kepada Yesus untuk anaknya. Untuk pengetahuan kita.


Kampung minisulang salah satu kawasan yang memiliki gereja kecil kita di sana dan penginjil muda yang bersemangat melayani di tempat ini.


Anak ini sudah di bawa ke Hospital Likas namun terlambat sebulan lebih temujanji kerana masalah kewangan. Lutut anak ini disyaki ada ketumbuhan. Ceritanya bermula akibat sewaktu berlari dan tersungkur pada akar pokok tarap. Pihak hospital sudah memaklumkan bahawa rawatan terbaik adalah kaki anak ini terpaksa dipotong untuk mengelakkan penyakit ini merebak. Tetapi ibu anak ini tidak sanggup.


Apapun kami telah memberikan penerangan pada ibubapa anak ini bahawa apa juga rawatan dari pihak hospital, itulah yang terbaik buat anak ini. Kami amat tersentuh hati, anak ini benar-benar mengharapkan kesembuhan.





Sumber Dari FB 



No comments:

Post a Comment