OPPSS!!! BARANG NAIK..ADA GST LAGI... #8 TIP JIMATKAN PERBELANJAAN DAPUR

Perbelanjaan rumah terutama dapur melibatkan kos yang besar apata lagi bagi yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar. Dalam usaha menjimatkan perbelanjaan dapur, panduan ini boleh anda ikuti.


1. SEDIAKAN SENARAI

Sebelum membeli barangan dapur, semak keperluan di dapur sebentar. Senaraikan barang yang perlu dibeli. Pastikan barangan yang dibeli itu memang digunakan dalam satu tempoh tertentu memandangkan barangan dapur tidak tahan lama terutamanya barang basah.

2. PEKA TERHADAP TARIK LUPUT

Latih diri untuk sentiasa melihat tarikh luput setiap barang yang dibelih. Ini kerana terdapat barangan dapur yang tahan dalam tempoh yang panjang dan ada juga yang singkat tempoh waktunya. Jika anda terbeli barangan yang hampir tamat tarikh luputnya sedangkan ia masih dalam kuantiti yang banyak, tentu membazir.

3. BELI BUNGUKUSAN BESAR

Jika anda rajin memasak, belilah sesuatu bahan yang sering kali digunakan dalam masakan secara borong. Beli minyak masak botol besar, begitu juga dengan susu cair, sos, minuman berperisa dan sebagainya. Pembelian dalam kuantiti yang besar ini lebih menjimatkan.

4. TIDAK PILIH JENAMA

Terdapat pelbagai produk yang sama pada jenama dan harga yang berbeza tetapi memberi kualiti yang hampir sama. Pililah yang bersesuaian dengan tahap kewangan anda.
Lebih baik jika anda menyokong produk tempatan. Tanpa kos pengiklanan yang besar, sudah tentu harganya jauh lebih murah.

5. KURANGKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK

Tanak sahaja nasi dan air menggunakan dapur gas. Malah tidak salah juga jika anda menumbuk bawang dan cili menggunakan lesung batu berbanding mengisarnya. Selain menjimatkan, ia bukanlah perkerjaan yang membebankan untuk anda lakukan.

6. BUKAN HOBI

Wanita memang suka membeli dan mengumpul koleksi. Tidak hairanlah ada yang mempunyai hobi membeli pinggan mangkuk, bekas simpanan dan peralatan memasak seperti periuk yang dijadikan koleksi kesayangan. Bertahanlah dengan barangan tersebut kerana lazimnya barangan dapur ini tahan lama dan tidak muda rosak.

7. PILIH ALTERNATIF

Jika selama ini anda menggunakan tisu untuk mengelap kotoran, gantikanya dengan kain. Mungkin ada tuala lama yang tidak berguna dan jadikannya sebagai pengelap.
Begitu juga dengan bekas simpanan makanan. Tidak perlu laburkan wang untuk membeli, sebaliknya gunakan semula bekas ais krim.

8. BERCUCUK TANAM

Anda boleh menanam cili, tomato, sawi, herba dan sebagainya dalam pasu jika anda tidak mempunyai kawasan atau tempat untuk menanam. Ia menjimatkan, tambahan pula kuantiti yang digunakan hanya sedikit. Jika di kedai anda perlu membayar RM2.00 untuk sebungkus cili padi sedangkan anda hanya perlu 10-15 batang cili sahaja.
Bakinya tersimpan dan dibuang apabila rosak. Cuma untuk permulaan aktiviti menanam ini memerlukan anda mengeluarkan sedikit wang tetapi setelah melihat hasilnya, anda tentu berbangga dapat menikmati usaha anda sendiri.









RINGGIT&SEN....

No comments:

Post a Comment