GIGI PUTIH SENYUMAN MENAWAN




Apabila berkomunikasi, bukan sahaja wajah menjadi tumpuan malah mulut juga antara bahagian yang diberikan perhatian. Lantaran, amat penting untuk kita menjaga kebersihan mulut agar keseluruhan bahagian ini tampil sempurna.



Senyuman akan hilang serinya apabila barisan gigi yang dipamerkan kuning dan berkarat. Ia bukan sahaja mengundang rasa kurang selesa malah ada kalanya membuat orang di sekeliling berasa jijik. Bukan berniat untuk menyelar sesiapa tetapi inilah hakikatnya, manusia hanya mahu melihat sesuatu yang indah dan menghidu bau harum.



Selain memastikan mulut berbau harum dan bersih, amat penting untuk anda menitik berat penjagaan gigi. Di samping mendapatkan rawatan di klinik gigi dan menggunakan produk farmasi, anda juga boleh mencuba petua tradisiona. Bukan sahaja murah malah berkesan dan tiada kesan sampingan, selamat mencuba!

SERBUK PINANG HILANGKAN KESAN KUNING

Anda boleh cuba menggosok gigi dengan serbuk pinang. Ia dikatakan dapat membersihkan gigi dengan lebih sempurna. Amalan ini sudah lama dilakukan oleh nenek moyang kita, ia membantu gigi tampak lebih putih.

LEMON DAN GARAM KOMBINASI TERBAIK

Selain enak dinikmati sebagai jus, perahan lemon dengan garam kombinasi bahan yang sangat mujarab untuk menghilangkan kesan karat pada gigi. Sapukan campuran pati lemon dan garam pada gigi, kemudian gosok gigi seperti biasa. Hasilnya pasti membuatkan senyuman anda bertambah lebar.

KULIT LIMAU PUTIHKAN GIGI

Selepas memasak, kulit limau jangan dibuang sebaliknya gunakan ia sebagai pencuci gigi. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Bukan sahaja karat dan kuning di gigi hilang malah mulut pun berbau harum.

MANFAAT SERBUK DAUN SALAM

Jemur daun salam sehingga benar-benar kering. Kisar daun tersebut sehingga halus dan campurkan dengan serbuk kulit limau. Gosok bahan ini pada gigi setiap hari, hasilnya gigi anda bersinar dan putih berseri.

STRAWBERI BERSIHKAN KOTORAN

Berita baik untuk penggemar buah strawberi. Ia dapat membersihkan kotoran pada gigi dan menghilangkan warna kuning atau karat pada permukaan gigi.

CUKA EPAL UNTUK GIGI BERKARAT

Bagi yang mengalami masalah gigi kuning dan menjadi kehitaman, cuba sapukan dengan cuka epal. Lakukan seminggu sekali, ia membantu memudaratkan kesan tersebut dan membuatkan gigi anda putih semula jadi.

KHASIAT ARANG

Tidak ramai yang tahu arang kayu sangat berkesan untuk membersihkan kesan kuning pada gigi. Namun penggunaanya dihadkan sebulan sekali. Kekerapan menggunakan arang kayu dikatakan boleh merosakkan enamel dan menyebabkan gigi sakit.













CANTIK DI MATA CANTIK DI HATI

No comments:

Post a Comment