PETUA TRADISONAL - SANTAN KELAPA RAHSIA KULIT GEBU






Setiap wanita pasti mahukan kulit yang gebu dan mulus. Bagi yang kurang berkemampuan, anda masih boleh cantik dengan mengamalkan petua tradisional yang menggabungkan bahan-bahan alami.
Gambar hiasan

Santan kelapa bukan sahaja menjadi bahan utama untuk menyediakan masakan yang enak.malah bahan semula jadi ini juga antara ramuan istimewa yang di katakan dapat membantu wanita memiliki kulit yang mulus dan putih bersih.ingin tahu kelebihannya,jom selongkar manfaat santan kelapa untuk kecantikan.


Gambar hiasan


1.Pati santan digunakan untuk menyejukkan kulit kepla dan membuat rambut sihat,lembab serta bersinar.Caranya mudah saja,lumur kepala dengan santan pekat. kemudian balut dengan tuala dan perap selama 30 minit. Bilas sehingga bersih, amalkan setiap minggu anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

2. Jika patinya sudah diambil,hampas kelapa jangan pula dibuang.sebalinya gunakan hampas kelapa sebagai lulur badan. Gosok perlahan-lahan pada tubuh terutama bahagian intim seperti celah paha dan ketiak .lulur ini dapat mengelakkan kulit kering dan mencerahkan bahagian tubuh yang gelap.

3.Lulur ini juga dapat menghilangkan bau badan dan bau di bahagian kaki.ia juga amat berkesan untuk menanggalkan daki yang degil.

4. Bagi wanita yang mengalami masalah dehidrasi,berendam dalam santan dan bunga mawar membantu kulit anda pulih seperti sedia kala. Ia membuat kulit lebih gebu, licin dan lembut.khasiat yang terdapat di dalam santan akan membuatkan kulit akan lembap.

5. Bagi wanita yang mengalami masalah kulit wajah melupas dan merah, sapukan pati santan yang dicampur dengan bedak sejuk. biarkan kering,bilas dengn air bersih.



















CANTIK DI MATA CANTIK DI HATI


No comments:

Post a Comment