Mengapa Anda Harus Banyak Tersenyum


Mengapa Anda Harus Banyak Tersenyum


Mengapa Anda Harus Banyak Tersenyum


Tersenyum adalah suatu tindakan yang paling mudah, paling mudah, paling murah dan paling menyenangkan di dunia.


Seringkali kita melupakan tindakan ini dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita merasa sudah terlalu letih oleh kerjaan yang terkumpul, membayar bil-bil atau juruwang kedai yang menjengkelkan ketika tadi berbelanja.


Para pembaca yang budiman, semaklah berikut ini 5 sebab mengapa anda harus banyak tersenyum:


Mengapa Anda Harus Banyak Tersenyum


1. Anda akan mendapatkan lebih banyak kebahagiaan


Cuba paksakan diri anda untuk tersenyum selama 30 saat mulai dari sekarang. Lakukan pula apabila anda mengalami kemalangan. Dengan membiasakan tersenyum, tidak peduli bagaimana perasaan anda ketika itu, di dalam tubuh anda akan terjadi reaksi-reaksi kimia yang dapat membuat anda merasa bahagia.

Cuba dan rasakan perbezaannya. :)


2. Senyuman boleh mengubah keadaan anda


Jika anda merasa putus asa, marah atau bosan, sebuah senyuman akan mengubah keadaan emosi anda menjadi lebih positif. Dan sebuah keadaan yang positif tidak hanya membuat hidup anda lebih menyenangkan tetapi juga membuka segala kemungkinan lain dalam fikiran anda. Anda akan melihat dunia dengan cara yang berbeza melalui kanta kebahagiaan. Dari situ anda boleh mula membina sederetan tindakan yang positif dan berinterasksi dengan banyak orang setiap harinya.


3. Senyuman boleh mengubah keadaan orang lain


Jika anda berjalan ke dalam sebuah bilik atau menuju ke sebuah kedai dengan senyuman di wajah anda, akan membuat semuanya berbeza. Semua orang akan berbalik tersenyum pada anda. Hal ini akan banyak membantu mencairkan setiap ketegangan atau simpulan yang ada. Interaksi anda akan lebih terbuka, santai dan penuh dengan kegembiraan.


4. Tersenyum? Apa ruginya?


Ketika memilih antara mengerutkan dahi, ungkapan kosong atau tersenyum, seolah-olah pilihan terakhir adalah pilihan yang paling produktif dan positif, bukankah demikian? Seringkali anda lupa untuk tersenyum atau mungkin anda tidak terlalu suka untuk tersenyum. Tapi jika anda berusaha untuk menggunakan senyuman anda sekerap mungkin, anda lama-kelamaan akan mempunyai tabiat yang baru, kebiasaan yang jauh lebih positif. Jika anda termasuk orang yang selalu memperhitungkan untung rugi untuk segala hal, cubalah soalan ini, 'apa ruginya anda tersenyum?' :)


5. Lebih mudah untuk tersenyum daripada melakukan yang sebaliknya


"Ia mengambil masa tujuh puluh dua otot untuk berkerut, tetapi hanya tigabelas otot untuk tersenyum."

- Tanpa nama -


Jadi sebetulnya anda menggunakan jauh lebih sedikit otot ketika tersenyum berbanding semasa anda mengerutkan dahi atau memasang muka marah. Dengan membiasakan diri untuk tersenyum, maka otot tersenyum anda akan menjadi lebih kuat daripada otot untuk mengerutkan dahi anda, sehingga lama kelamaan anda akan lebih mudah untuk tersenyum daripada melakukan perkara yang sebaliknya.




Mengapa Anda Harus Banyak Tersenyum









No comments:

Post a Comment