PESAWAT HERCULES C130 (TNI) TERHEMPAS DI MEDAN, INDONESIA



















135 Mayat mangsa nahas Hercules C130 yang terhempas di medan, sumatera Utara, suda ditemui stakat ini.

Kesemua mayat dibawa ke Rumah Sakit Adam Malik, Medan dan urusan mengenal pasti jenazah akan segera dilakukan sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Menurut jurucakap Tentera Udara Indonesia, Marshal Muda Dwi Putranto, 30 daripada mangsa sudah pun dikenal pasti manakala harapan untuk menemui mangsa yang selamat terlalu tipis.

Presiden Joko Widodo atau Jokowi dalam Twitternya menzahirkan rasa dukacita di atas kejadian terbabit.







BEBAN RAKYAT SEMAKIN MENINGKAT- HARGA MINYAK NAIK LAGI












Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik bermula tengah malam tadi.

RON95 naik 10 sen dan RON97 naik 20 sen.

Harga baru RON95 RM2.25 seliter, manakala RON97 RM2.55 seliter.

Harga bagi minyak diesel tidak mengalami kenaikan.

Harga diesel kekal pada kadar RM2.05 seliter, 

Nampaknya kos hidup kini semakin meningka, beban rakyat juga meningkat... 















KELUARGA TIDAK BERKEMAMPUAN






Berita Keluarga.
Keluarga dari Kg. Minisulang, Magandai, Kota Marudu.
Nama anak: Elena Maijo.
Bapa: Maijo : 0138844201




Sesiapa yang bermurah hati. Kiranya dapat menghulurkan derma dengan melawat keluarga ini di Hospital Likas. Tingkat 6, bilik 9.








Keluarga agak tidak berkemampuan.
Lokasi rumah tiada jalan perhubungan jalan raya. Motorsikal atau kenderaan tidak sampai. Hanya berjalan kaki selama sejam lebih atau dua jam untuk tiba di kampung ini.
Khamis minggu ini kami berpeluang melawat keluarga ini dan anak ini. Dan memberikan cadangan agar anak ini dihantar ke Hospital Likas.


Beberapa rakan telah memujuk ibubapa anak ini. Mereka hanya menggunakan cara rawatan tradisional akibat tidak berkemampuan untuk membawa anak ini ke hospital dengan kadar tambang yang agak mahal. Beberapa rakan staf sekolah telah mengumpul derma. Pada pagi jumaat kelmarin, bapa dan rakan sekampungnya telah menghantar anak ini ke sekolah Sk. Magandai dan ditumpangkan pada kenderaan staf sekolah dan dihantar terus ke Hospital Likas.
Seruan: Sesiapa yang bermurah hati. Kiranya dapat menghulurkan derma dengan melawat keluarga ini di Hospital Likas. Tingkat 6, bilik 9.


Sewaktu sy berada di luar bilik kecemasan kelmarin. Sy terdengar perbualan antara ayah anak ini dan doktor serta jururawat. Doktor dan jururawat bertanya pada ayah ini. Kamu beragama apa? Ayah ini dengan pantas bercakap hari enam. Jururawat pun berkata ooo kristian. Dengan jawapan itu, dalam hati saya, syukur ayah ini memiliki pengharapan kepada Yesus untuk anaknya. Untuk pengetahuan kita.


Kampung minisulang salah satu kawasan yang memiliki gereja kecil kita di sana dan penginjil muda yang bersemangat melayani di tempat ini.


Anak ini sudah di bawa ke Hospital Likas namun terlambat sebulan lebih temujanji kerana masalah kewangan. Lutut anak ini disyaki ada ketumbuhan. Ceritanya bermula akibat sewaktu berlari dan tersungkur pada akar pokok tarap. Pihak hospital sudah memaklumkan bahawa rawatan terbaik adalah kaki anak ini terpaksa dipotong untuk mengelakkan penyakit ini merebak. Tetapi ibu anak ini tidak sanggup.


Apapun kami telah memberikan penerangan pada ibubapa anak ini bahawa apa juga rawatan dari pihak hospital, itulah yang terbaik buat anak ini. Kami amat tersentuh hati, anak ini benar-benar mengharapkan kesembuhan.





Sumber Dari FB 



Rumah Bekas Teman Wanita Dibakar Selepas Pinangan Ditolak




KEMAMAN


Susulan daripada pinanganya ditolak, seorang pemuda dipercaya bertindak ganas dengan membakar sebahagian rumah bekas teman wanitanya di Taman Indah Geliga, kemaman pada Ahad lepas. Insiden itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi selepas pengadu yang juga bapa kepada wanita berkenaan mendapati bahagian bumbung rumahnya telah terbakar.


Ketika kejadian, penghuni kediaman tersebut tiada di rumah kerana sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan kuantan dan sebaik sampai di dalam rumah. Malah sebelum itu, anak gadisnya yang berusia 19 tahun telah menerima ugutan pukul melalui panggilan telefon daripada suspek sekiranya wanita itu enggan menemui suspek.








ANAK TUNGGAL MENGALAMI KELECURAN TAHAP KEDUA






Kemalangan yang menimpa bayi berusia 16 bulan itu baru-baru ini dahsyat sehingga dia kini terlantar di unit Jagaan Rapi (ICU) setelah menjalani pembedahan keempatnya dalam tempoh seminggu.

Aafaa Zuhayr mengalami kelecuran akibat terkena minyak panas. Dia dikatakan mencapai kuali berisi minyak panas apabila berdiri dengan memegang singki di dapur.

Kejadian ini berlaku saat pembantu rumah sibuk menyiapkan minuman.

Pada mulanya Aafaa dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat, sebelum dipindahkan ke KKH, dan sehingga petang semalam.

Bayi ini telah menjalani 4 pembedahan,. Menurut Encik Al-khair, doktor tidak dapat memberi kepastian mengenai pemulihan anaknya itu, namun doktor semalam mengesahkan tiada kerosakan serius kepada organ penting.

Namun ini bukan pembedahan yang terakhir kata doktor.

"Saya memohon kepada orang ramai mendoakan' Aafa, moga penderitaanya dipendekkan dan dia cepat sembuh sepenuhnya," kata cik Masshita ibu kepada Aafaa.

Encik Al-khair berkata kes ini sedang dalam siasatan polis...







KAYA RAYA Bukan Bermakna BERJAYA







Lazimnya orang percaya bahawa orang yang berjaya ialah orang yang hidup kaya raya.

Mereka yang mempunyai anggapan begitu sebenarnya menganggap wang dan kejayaan adalah seerti ada wang kita berjaya, tidak ada wang kita tidak berjaya.

Pandangan inilah yang mendorong ramai orang bertungkus lumus hendak menjadi orang yang berwang.


Selain daripada wang ada lagi perkara-perkara lain yang selalu dijadikan ukuran kejayaan, seperti jawatan, sijil, nama dan rekod, tetapi wang adalah ukuran yang paling banyak digunakan.


Wang tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan. Ramai orang yang kaya raya sebenarnya tidak pun berjaya membina kehidupan yang baik dan mulia bagi dirinya.

Malah banyak orang yang kaya raya berjaya mengumpulkan harta yang banyak dengan melakukan perkara-perkara yang salah dan terlarang.

Malah ramai pula individu-individu yang sebenar-benarnya berjaya sengaja memili gaya hidup yang amat sederhana dari segi kebendaan.

Apabila seseorang itu menjadikan wang sebagai kayu ukuran kejayaan, dia sebenarnya menggunakan ukuran luaran.

Wang dan harta adalah suatu benda yang ada di luar diri seseorang.


Dia juga menggunakan orang-orang lain sebagai perbandingan bagi dirinya, di mana untuk mengukur sama ada dia sudah boleh menggelarkan dirinya sebagai orang yang berjaya ataupun belum, dia membandingkan dirinya dengan orang-rang lain yang mempunyai wang.

Kalau wangnya sudah sama banyak, ataupun lebih banyak daripada orang-orang itu, maka dia menganggap dirinya suda berjaya.

Perbuatan menilai kejayaan sendiri dengan menggunakan wang dan orang-orang lain sebagai perbandingan adalah cara yang tidak bijaksana.

Orang yang berjaya ialah orang yang dapat melakukan sesuatu dengan sebaik-baik keupayaannya, di dalam aspek-aspek yang penting dalam kehidupan.

Mereka melakukan yang terbaik berdasarkan bakat dan kemampuannya untuk agamanya, perkerjaanya, perkahwinannya dan bagi masyarakatnya.

Kejayaan tidak seerti dengan nama, harta, pingat emas ataupun kertas sijil.

Kalau itulah ukuran kejayaan, maka ukuran itu bersifat luaran. Ukuran luaran bermakna kita membandingkan kejayaan kita dengan kejayaan orang lain, maka kita anggap kita sudah berjaya.









KEBAIKAN MINUM AIR KELAPA






Air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh badan dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.




Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan salauran pundi kencing. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.



Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan. 
Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan rasa kenyang, jadi secara tidak langsung membantu penurunan berat badan.


Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka.

Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.


Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi bebarapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi.



Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.


Air kelapa juga sebagai anti oksida sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan,penurunan berat badan dan banyak lagi manfaat lain yang belum kita ketahui.










Sebaik-baik 100 plus... Baik lagi minum Air kelapa yang semula jadi.....









Gambar Gadis Cantik Tapi Buah Tersembur







Adakah China terlalu panas untuk gadis ini sehingga dia sanggup pakai seperti ini.

Mungkin perasaan malu sudah tiada pada manusia Zaman sekarang.









Jangan tiru gaya ini.....





Chong Wei Rangkul Gelaran Juara Terbuka Kanada




Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan perestasi terbaiknya apabila menjuarai terbuka kanada, di Calgary, Kanada, awal pagi tadi (isnin). Pada saingan itu, Chong Wei menjinakkan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, 21-17, 21-13.


Terdahulu, beliau turut menjuarai Grand Prix Emas terbuka Amerika syarikat (AS), dua minggu lalu. Ia adalah kejuaraan pertama dimenanginya selepas menjalankan hukuman penggantungan selama lapan bulan akibat kesalahan doping. Dua kemenangan yang dirangkul Chong Wei membuktikan beliau masih lagi pemain harapan negara.












Taylor Swift Wanita Berpengaruh Termuda




Penyanyi dan komposer Taylor Swift menduduki tangga teratas wanita berpengaruh termuda dalam senarai yang dikeluarkan Fobes Most Powerfull Woman.

Pengaruh yang dimiliki wanita ini dalam industri muzik sangat  besar dan terbukti menerusi penjualan album serta anugerah yang dimilikinya.

Dia juga salah satu selebriti yang mempunyai jumlah pengikut di laman Twitter terbanyak iaitu 58 juta. Perestasinya meningkat setiap tahun dan antaranya berjaya membawa pulang piala Billboard Music Award 2015 beberapa minggu lalu.

Taylor juga menjadi pemuzik terlaris paling muda. selain Taylor, penyanyi wanita yang turut tersenarai ialah Beyonce Knowles, Angelina jolie, dan Ratu Elizabeth.










#viral : 10 Gambar Terbaru Ibu Tiri Yang Dikatakan Mendera Anak Tirinya Dan Gambar Terkini Mangsa Dera





#viral : 10 Gambar Terbaru Ibu Tiri Yang Dikatakan Mendera Anak Tirinya Dan Gambar Terkini Mangsa Dera


Punca sebenar kejadian masih tidak diketahui jika benar beliau yang melakukan perbuatan keji ini, memang tidak sepadan betul dengan rupa yang manis dan nampak sopan

Dikatakan suami isteri berkenaan telah melarikan diri...

























Farah Asyikin Mahu Pertahankan Rumah Tangga





PETALING JAYA


Penyanyi Farah Asyikin menjelaskan dia tidak mahu perkahwinan keduanya dengan Zaahier Stanley berakhir dengan perceraian biarpun masalah rumah tangga mereka kini telah pun dibawa ke mahkamah syariah.

Farah, 35, berkata, mereka berdua sedang berusaha memperbaiki masalah yang berlaku selain memikirkan masa depan anak lelaki mereka,Ebrahim Owais yang baru berusia  lapan bulan.


"Biarpun kes kami dibawa ke mahkamah tetapi kami masih suami-isteri yang sah dan apa yang boleh saya katakan kami masing-masing berusaha memperbaiki keadaan.

"Apa yang saya minta doa daripada semua agar kami dapat mengharungi saat getir ini sekaligus menjernihkan keadaan kerana perceraian adalah jalan terakhir," katanya.


Nama Farah dan Zaahier dilihat berada di papan kenyataan Mahkamah rendah Syariah Wilayah Perseketuan dekat sini berhubung permohonan perceraian mereka pada 18 Disember lalu.

Bagaimanapun Farah dan Zaahier tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 22 Januari.

Dalam pada itu, farah berkata, biarpun suda tidak tinggal sebumbung hampir tujuh bulan namun hubungan mereka berdua masih baik dan sering berjumpa demi anak mereka.


"Buat masa sekarang saya tinggal bersama keluarga di Taman Tun Dr Ismail dan bersyukur mereka sentiasa memberi semangat kepada saya untuk mengharungi dugaan ini.

"Saya dan suami masih berhubung biarpun tidak tinggal sebumbung malah kami ada bertemu untuk bertanya khabar dan melawat Ebrahim," katanya.


Farah dan Zaahier iaitu Warga Afrika selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari tahun lalu selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.







CINTA TWITTER......katakan..... 


Tasha Shilla Serah Pada Polis Siasat Kes Gambar Melampau




Pelakon Tasha Shilla menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat berhubung penyebaran gambar separuh bogel yang dipercayai miliknya baru-baru ini. Dia memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka selepas membuat laporan polis pada 9 jun lalu.


"Saya tidak mahu mengulas mengenai isu berkenaan dan biarlah pihak polis yang melakukan siasatan memandangkan ia suda menjadi kes jenayah. Mungkin saya banyak berdiam diri sebelum ini tetapi sebenarnya saya berjuang dalam diam. Saya tidak perlu kongsi dengan masyarakat kerana ia adalah privasi dan biarlah hanya saya yang tahu", katanya.


Dalam pada itu, Tasha mengaku kecewa dengan kes berkenaan kerana ia menjatuhkan maruahnya sebagai wanita. Bagaimanapun kata Tasha, dia tabah mengharungi dugaan berkenaan dan menganggap ia sebagai ujian Allah.



"Bak kata pepatah 'tak mati dek keji, tak hidup dek puji' jadi terpulanglah orang hendak kata apa.











SUAMI PAKSA ISTERI TEGUK ASID




KUALA LIPIS


Seorang wanita melecur di bahagian bahu dan belakang selepas disimbah asid oleh suaminya, dalam kejadian di sebuah rumah kongsi, di bandar ini.

Mangsa berusia 30 tahun yang juga warga Indonesia mengalami kecederaan parah di badan dibantu jiran sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Sp Abdul Razak Hassan berkata, Sebelum kejadian, pasangan itu dipercayai bertengkar kerana masalah peribadi yang gagal diselesaikan dengan baik.

"Suspek yang juga warga Indonesia Kemudian mengambil sebotol cecair mengandungi asid dan mengarahkan mangsa meneguknya namun isterinya enggan berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata, suspek dan mangsa bergelut sebelum lelaki itu mencurahkan cecair berkenaan ke badan mangsa mengakibatkanya menggelupur menahan kesakitan.


Katanya, suspek yang turut cedera melarikan diri sebelum berjaya ditahan di Raub.

 










CINTA FACEBOOK RUGI RM10,000


Sandakan

Impian seorang lelaki dari Semenanjung bertemu kekasih hati dikenali melalu laman sosial Facebook bukan saja berkecai, malah kerugian RM10,000 selepas wanita berkenaan tidak muncul dan panggilan telefon tidak dijawap.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohd Noor berusia 30-an datang ke Lapangan Terbang Sandakan baru-baru ini ingin bertemu ahli keluarga teman wanitanya dipercayai untuk merisik dan melangsungkan pertunangan.

Sebelum tiba di daerah ini, mangsa dipercayai telah memasukkan RM10,000 seperti yang diminta wanita terbabit dengan alasan untuk membuat persediaan majlis pertunangan.

Mangsa yang buntu dilihat berlegar-legar tanpa tujuan di sekitar lapangan terbang itu sehingga petang sebelum disedari orang ramai.

Selepas mendapati mangsa ditipu, orang ramai membawa lelaki itu ke balai polis untuk membuat laporan dan mendapatkan bantuan.



Gambar akaun Facebook yang dipercayai palsu milik wanita yang memperdayakan lelaki dari semenanjung






Cinta facebook....

HOKI: Malaysia Belasah Ireland 4 - 2




Skuad HOKI negara berjaya mengalahkan IRELAND 4 - 2 untuk ke peringkat suku akhir saingan kumpulan B Liga Hoki Dunia di Stadium K.H.C Dragons, semalam ( khamis ). Susulan kejayaan itu memberi peluang kepada skuad bimbingan Tai Beng Hai untuk menduduki sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam kumpulan B untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik Rio 2016.

Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin menghasilkan mata pertama buat skuad negara pada minit ke-13. 
The Green machines bangkit menyamakan kedudukan 1-1 seminit kemudian menerusi pukulan Peter Caruth.

Malaysia kembali  mendahului apabila kapten pasukan, Muhamad Razie Abdul Rahim menghasilkan gol kedua pada minit ke-16.

Shane O'Donoghue menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Sukri Mutalib tampil sebagai hero apabila menjaringkan gol ketiga sebelum Izwan Firdaus menjadikan kedudukan 4 - 2 pada minit ke-53.




MALAYSIA BOLEH.....


TERKEJUT...!!! LINTAH GEREGASI DI TEMUI SELEPAS BANJIR





Macamana lintah ini boleh jadi besar macam ular sawah?

Kalau kena sedut, mau kering darah dalam badan.


Lelaki Temui LINTAH GEREGASI BERMUKA PELIK DI Kuala Kangsar!!!!

Aktiviti santai seorang lelaki dikejutkan dengan penemuan haiwan yang kelihatan seperti lintah geregasi, terletak di persisiran sayong. Muhamad Hafizuddin Mohd saleh, 22, berkata, fizikal haiwan tersebut seperti ular sawa namun lebih pendek dan gemuk, manakala kulitnya kasar seperti biawak.

"Masa mula-mula memang saya sangat terkejut sebab belum pernah melihat haiwan seperti itu, tetapi saya beranikan diri pergi lagi dekat untuk melihat haiwan itu. Wajahnya agak ngeri. Mujurlah, haiwan itu sudah mati, kalau tidak pasti saya lari," katanya.
menurutnya, susulan penemuan itu, dia mengambil gambar haiwan terbabit untuk ditunjukkan kepada rakan-rakanya.

"Kawan-kawan pun kata itu kali pertama mereka lihat haiwan itu. Malah, ada juga kenalan yang hubungi saya sebab mahu lihat gambar haiwan pelik itu. Mulanya, saya ingat haiwan itu tersesat di sini sebab dibawa arus banjir, baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, mohd Haspi Hamzah memaklumkan haiwan pelik yang dimaksudkan itu adalah sejenis ular air tawar yang dikenali sebagai ular guni buruk atau ular karung guni.


Menurutnya, ramai orang mengangapnya pelik apatah lagi dengan fizikalnya menyerupai ular sawa namun bentuk muka sedikit berlainan, tambahan pula jarang ditemui.

"Biasanya ular ini tinggal di sawah padi dan jarang keluar dari kawasan itu, ular yang makan ikan itu tidak agresif seperti ular yang lain. Mungkin banjir yang berlaku baru-baru ini menyebabkan ular itu sampai ke Persisiran Sayong," katanya. 

SUMBER SINAR HARIAN.


SEDIHNYA!!!! 4 GAMBAR Berbalas WhatsApp Suami Isteri Yang Pastinya Menyayat Hati Sesiapa Saja Yang Membacanya...



 Sekadar Gambar Hiasan



( 4 GAMBAR )




Berbalas Whatsapp Suami Isteri Yang Pastinya Menyayat Hati Sesiapa Saja Yang Membacanya...
Rata-rata netizen yang membaca petikan Whatsapp ini sangat marah & ada juga yang sayu bagaimana seorang isteri diperlakukan sedemikian rupa.

P/S Sebelum anda membaca anda perlu memahami dulu dan jangan cepat membuat tuduhan atau tomahan, cerita ini sebagai renungan semata-mata. Ingatlah Tak Semua Suami Seperti Itu, Kekadang sebaliknya, cuma metaliti orang Malaysia suka menyalahkan satu pihak sahaja. ilmu rumahtangga sangat penting... Bertolenrasilah antar satu sama lain...

Sepatutnya, sebagai seorang suami, si suami harus menitikberatkan soal tanggungjawap dan ingat kembali janji-janji dan lafaz yang isytiharkan semasa akad nikah  dan ingat kembali kenapa dia berkahwin dengan isterinya.






Semoga kita semua dijauhkan daripada kejadian seperti ini.