Laporan dua rakyat malaysia memalukan negara malaysia kerana operasi berani mati di bawah panji kumpulan militan


Januari 13, 2016



Laporan dua rakyat malaysia memalukan negara malaysia kerana operasi berani mati di bawah panji kumpulan militan


KUALA LUMPUR: Berita dua rakyat negara ini yang terkorban dalam operasi berani mati di bawah panji kumpulan militan Daish benar-benar mengejutkan.

Laporan sebuah akhbar menyatakan tindakan Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26 dari Terengganu yang memandu trak dipenuhi bahan peledak dan meletupkan dirinya di bandar Raqqa, Syria dituruti berita seorang lagi rakyat Malaysia, Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31, bersama tujuh orang anggota Daish dilaporkan terbunuh dalam siri serangan berani mati ke atas pusat latihan Polis di Tikrit, Iraq menambah statistik kematian rakyat kita yang terbunuh kerana menyertai kumpulan militan itu.

Ia menjadikan jumlah kematian serangan adalah seramai 33 orang selain sehingga hari ini, sebanyak 17 rakyat negara ini yang menyertai Daish dilaporkan terbunuh.

Akhbar itu turut melaporkan, warga Malaysia adalah dari anggota Katibah Nusantara atau dikenali sebagai 'Malay Archipelago Combat Unit', iaitu sebuah unit serpihan dari kumpulan militan Daish yang beroperasi di Asia Tenggara dan mempunyai rangkaian pengganas yang aktif.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua pengebom berani mati yang dilapor menyebabkan kematian lebih 30 orang di Syria dan Iraq belum lagi disahkan sebagai rakyat negara kerana pihaknya masih menunggu dokumen rasmi daripada pihak berkuasa di dua negara itu yang boleh mengesahkan dua lelaki berkenaan terbabit dalam insiden pengeboman berani mati itu adalah rakyat Malaysia.








No comments:

Post a Comment