Filem The Wolf of Wall Street kemungkinan ada kaitan dengan 1MDB kini dalam siasatan FBI


Filem The Wolf of Wall Street kemungkinan ada kaitan dengan 1MDB kini dalam siasatan FBI


FBI kini menyiasat kaitan antara filem itu dengan kewangan peribadi Najib dan kontroversi 1MDB.
Badan penyiasat Amerika Syarikat, Biro Siasatan Persekutuan (FBI), kini sedang menyiasat produksi filem 'The Wolf of Wall Street', seperti dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ).

Filem lakonan Leonardo Dicaprio itu diterbitkan pada tahun 2013, dan mengisahkan tentang kisah benar kehidupan Jordan Belfort, seorang broker saham yang terbabit dalam rasuah dan penipuan di Wall Street.

Filem itu mendapat pujian pengkritik filem dan mendapat lima pencalonan dalam Anugerah Akademi ke 86.

Menggunakan banyak props mewah (termasuk binatang seperti cimpanzi dan singa), filem itu menelan belanja lebih AS$100 juta (RM430 juta).

Dana kewangan untuk filem itu datang daripada Red Granite Pictures, sebuah syarikat produksi yang diasaskan bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

FBI kini sedang menyiasat kaitan antara filem itu dengan kewangan peribadi Najib dan kontroversi yang melibatkan syarikat pelaburan negara, 1MDB.

WSJ turut melaporkan kredit filem itu ada menyenaraikan Jho Low di bawah 'special thanks', dan mendedahkan Joh Low dan Riza pernah berhubung ketika belajar di London.
Red Granite Pictures memaklumkan kepada WSJ yang Riza mahupun syarikat itu tidak terlibat dalam aktiviti perniagaan "tidak sepatutnya".

Selain The Wolf of Wall Street, syarikat itu telah menghasilkan Horns (2014), Dumb and Dumber To (2014) dan Daddy's Home (2015).







No comments:

Post a Comment