Seorang lelaki menikam 10 pelajar sebelum membunuh diri di selatan China


1 Mac 2016


Seorang lelaki menikam 10 pelajar sebelum membunuh diri di selatan China

China: seorang lelaki dengan pisau menikam 10 pelajar di selatan China sebelum pelaku membunuh diri. kejadian itu berlaku di Haikou City, menyebabkan dua daripada mereka cedera parah. Polis di bandar Haikou ini Longhu telah tahu bahawa lelaki itu memegang pisau semasa menyerang golongan muda yang merupakan seorang pelajar selama mereka keluar untuk makan tengah hari di luar sekolah.

Ia harus diperhatikan bahawa kejadian yang sama, tetapi ia adalah serius, ini adalah apa yang berlaku membunuh 8 kanak-kanak sekolah oleh seorang lelaki berusia 42 tahun di sebuah sekolah rendah di wilayah Fujian pada tahun 2010.

Seorang lelaki menikam 10 pelajar sebelum membunuh diri di selatan China

Mereka memerhatikan bahawa sekatan ke atas penggunaan senjata seperti senapang dikawal ketat tetapi pisau adalah cara yang digunakan pembunuh dalam serangan ke atas mangsa, sering di China.









Kru penerbangan jadi pemandu teksi kini viral


Februari 09, 2016


Kru penerbangan jadi pemandu teksi kini viral


BENAR kata orang, rezeki itu ada di mana-mana. Tertutupnya satu pintu, akan ada satu pintu lain yang terbuka luas. Apa yang penting adalah kesungguhan dan doa yang berterusan.

Mungkin itu pengajaran yang boleh diambil daripada kisah seorang bapa yang diberhentikan perkhidmatannya daripada sebuah syarikat penerbangan, namun tidak menjadikan itu sebagai penghalang untuknya mencari rezeki buat keluarga.

Lelaki yang dikenali sebagai Zullifan Che Din itu, baru sahaja memulakan tugas sebagai pemandu teksi beberapa hari yang lalu.
Difahamkan, dia sebelum ini merupakan seorang kru penerbangan.

Anak Zullifan, Mohd Zulhelmi, memviralkan kisah bapanya itu di akaun Facebooknya, sebagai satu inisiatif membantu bapanya itu mendapatkan lebih ramai penumpang.
Baru empat hari, kisah kecekalan Zullifan tersebar luas di laman sosial, sekali gus menerbitkan rasa kagum orang ramai.

Malah ramai juga yang memuji usaha Zulhelmi 'mengiklankan' teksi bapanya, yang dilihat boleh menjadi strategi promosi paling berkesan.
Status di akaun Facebook Zulhelmi sudah menerima lebih 3,000 perkongsian dengan lebih 21 ribu likes.




Kaki kanak-kanak berumur 4 tahun putus tersepit di eskalator KL Sentral







Kaki kanak-kanak berumur 4 tahun putus kaki tersepit di eskalator KL Sentral

Kaki kanak-kanak berumur 4 tahun putus kaki tersepit di eskalator KL Sentral

Kaki kanak-kanak berumur 4 tahun putus kaki tersepit di eskalator KL Sentral

Kaki kanak-kanak berumur 4 tahun putus kaki tersepit di eskalator KL Sentral

Kaki kanak-kanak berumur 4 tahun putus kaki tersepit di eskalator KL Sentral

Kaki kanak-kanak berumur 4 tahun putus kaki tersepit di eskalator KL Sentral







9 RESTORAN DALAM AIR TERCANTIK DI DUNIA



Februari 05, 2016

Mungkin anda tidak pernah lihat sebelum ini, jadi inilah dia 9 restoran yang tercantik di dunia. cantik kan!!!!



9 RESTORAN DALAM AIR TERCANTIK DI DUNIA

Ithaa Undersea Restaurant Conrad Maldives Rangali Island


9 RESTORAN DALAM AIR TERCANTIK DI DUNIA

Al Mahara Dalam bahasa Arab


9 RESTORAN DALAM AIR TERCANTIK DI DUNIA

Guinness Deep Sea Bar, Stockholm Archipelago


9 RESTORAN DALAM AIR TERCANTIK DI DUNIA

Red Sea Star, Eilat, Israel


9 RESTORAN DALAM AIR TERCANTIK DI DUNIA

Aquarium Restaurant, Nashville, Laut, Hawaii, Pasifik Selatan dan Lautan Hindi


9 RESTORAN DALAM AIR TERCANTIK DI DUNIA

Sea di Anantara Kihavah Maldives Villas


9 RESTORAN DALAM AIR TERCANTIK DI DUNIA

Cargo Hold Restoran, Afrika Selatan


9 RESTORAN DALAM AIR TERCANTIK DI DUNIA

Subsix, Maldives


9 RESTORAN DALAM AIR TERCANTIK DI DUNIA

Poseidon, Ahmedabad, India







Sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini


Februari 03, 2016


BERIKUT merupakan sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur dan masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini. Semua rekod ini disahkan oleh Guinness World Records:

Sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini

1- Bangunan berkembar tertinggi

Walau tidak lagi bergelar bangunan tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas masih lagi kekal sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia dengan ketinggian 452 meter. Bangunan 88 tingkat itu dibuka pada Mac 1996.
Menara Berkembar Petronas memegang rekod sebagai bangunan berkembar tertinggi di dunia

Sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini

2- Imej panorama terbesar

Rekod ini dicatat pada 6 Ogos 2015 oleh Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing yang menggabung 31 ribu imej individu untuk membentuk imej panorama bersaiz 846 gigapiksel.

Sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini

3- Menara kawalan lapangan terbang tertinggi

Menara Barat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menyandang rekod ini dengan ketinggian 133.8 meter. Menara ini siap dibina pada 30 April 2013.


Sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini

4- Kelas silat terbesar

Seramai 12,393 peserta terlibat dalam kelas ini yang diketuai oleh Mahaguru YM Syeikh Dr. Md Radzi bin Hanafi (Malaysia), Pewaris Mutlak Silat Cekak dari Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia pada 29 Ogos 2015.


Sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini

5- Kereta api terberat yang ditarik dengan gigi

Rekod luar biasa ini dipegang oleh Velu Rathakrishnan yang menggunakan giginya untuk menarik dua gerabak kereta api komuter KTM dengan berat keseluruhan 260.8 tan. Velu berjaya menarik gerabak itu sejauh 4.2 meter di landasan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2003.


Sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini

6- Piramid tin terbesar

Pasukan Malaysia Can yang terdiri dari mahasiswa Kolej INTI Subang Jaya berjaya membina piramid menggunakan 9,455 tin aluminimum kosong dalam masa 24 minit pada 23 September 2003 di Midvalley Mega Mall. Piramid tersebut berukuran tiga meter tinggi.


Sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini

7- Peserta teramai dalam permainan video telefon pintar tanpa henti

Seramai 2,030 orang peserta telah menyertai acara anjuran Nokia Malaysia untuk bermain permainan Angry Birds pada 11 Jun 2011. Seorang pemain akan menyambung permainan yang telah ditamatkan oleh pemain sebelumnya kerana gagal melepasi mana-mana tahap permainan. Mereka bermain selama 10 jam tanpa henti.


Sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini

8- Terpantas berjalan sejauh sebatu sambil mengimbang bola di atas kepala

Rekod 8 minit 35 saat ini dipegang oleh Yee Ming Low di Kompleks Sukan MPSJ pada 20 Mac 2010. Yee mencapai rekod ini tanpa menjatuhkan bola ini walau sekalipun sepanjang jarak tersebut, walaupun dibenarkan oleh Guinness World Records.


Sembilan rekod dunia yang dicipta di Kuala Lumpur masih belum dipecahkan sehingga ke hari ini

9- Mesin layan diri kapsul terbesar

Mesin setinggi 9.83 meter ini selesai dibina oleh Berjaya Times Square pada 20 Julai 2013 sempena meraikan ulang tahun pasar raya besar itu yang ke-10. Mesin itu berfungsi sepenuhnya seperti mesin layan diri bersaiz biasa.









Menteri Besar Kedah Mukhriz sah letak jawatan selepas hilang sokongan majoriti


Februari 03, 2016


Menteri Besar Kedah Mukhriz sah letak jawatan selepas hilang sokongan majoriti

ALOR SETAR: Kemelut politik Kedah yang berlarutan hampir dua minggu bakal menemui noktah apabila menteri besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kini sah akan digantikan.

Menurut sumber terdekat dengan menteri besar, Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi Rabu berhubung keputusan itu.

Menurut sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ketika dihubungi meminta pihak media bersedia untuk satu sidang media khas, bagaimanapun tidak dinyatakan butiran lanjut.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah (kanan) dan Anggota Jemaah Pemangku, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani (kiri) diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tengah) sejurus selesai perjumpaan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional di Wisma Darul Aman hari ini.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, kebanyakan wakil rakyat khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan gambaran mengenai perubahan tampuk pentadbiran negeri itu yang bakal menyaksikan Mukhriz digantikan.

Menurut mereka, kemelut politik negeri semakin hampir ke penghujung dan harapan melihat pembaharuan pentadbiran seperti disuarakan dalam sidang media di Hotel Grand Alora, di sini pada 20 Januari lalu makin pasti dapat dicapai.

Difahamkan Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah membuat keputusan selepas semua 21 ADUN Barisan Nasional (BN) dan 15 pembangkang dipanggil menghadap semalam dan dua hari lalu.
Secara prinsip, Mukhriz akur dengan kehendak parti dan bersedia melepaskan jawatan, manakala Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas menemui semua ADUN membuat kesimpulan bahawa Mukhriz telah hilang sokongan majoriti.

Berdasarkan maklumat diterima, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dimaklumkan berpuas hati dengan kenyataan semua ADUN yang dipanggil menghadap dan kini hanya menunggu keputusan penting yang akan diumumkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, dalam tempoh terdekat.




Kerajaan hadapi cabaran pelaksanaan (TPPA) yang banyak merugikan peniaga bumiputera


Januari 28, 2016



Kerajaan hadapi cabaran pelaksanaan (TPPA) yang banyak merugikan peniaga bumiputera


KUALA LUMPUR: Kerajaan kini bersiap sedia bagi menghadapi cabaran dan peluang yang akan diperoleh melalui pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diluluskan sidang khas Dewan Rakyat pada Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata TPPA yang diluluskan Dewan Rakyat itu telah menjelaskan segala kebimbangan dan kekhuatiran pelbagai pihak.

"Melalui penggulungan, banyak isu termasuk kepentingan Bumiputera telah diperjelaskan, banyak konsesi kerajaan dapat rundingkan dan mengatasi banyak kebimbangan yang wujud dalam kalangan masyarakat termasuk peniaga-peniaga Bumiputera," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini pada Rabu.

Katanya apa yang lebih penting sekarang ialah kerajaan dan rakyat perlu menyiapkan diri bagi bersama-sama menghadapi cabaran dan peluang yang bakal wujud apabila TPPA jadi kenyataan dijangka pada 2018.

"Banyak kerja-kerja yang perlu dibuat seperti mempersiapkan syarikat dan peniaga untuk hadapi TPPA," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin TPPA yang ditandatangani tidak akan memberi impak negatif kepada ekonomi rakyat Malaysia termasuk dalam industri pertanian dan perikanan.

"Malah kita perlu bersiap sedia meningkatkan eksport akuakultur kerana menjangkakan lonjakan eksport sektor berkenaan ke negara-negara luar dengan terlaksananya TPPA," katanya.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan keputusan Parlimen untuk meluluskan usul itu sebagai satu langkah bersejarah untuk menjadikan negara lebih maju.

Beliau berkata Malaysia tetap berpegang kepada polisi yang meletakkan perdagangan antarabangsa sebagai asas pembangunan negara.

"Memang dari dulu kita berdagang dengan negara luar, keputusan Parlimen hari ini satu lagi langkah yang besar dan bersejarah untuk negara kita lebih maju dan dapat menjadi mangkin kepada pembangunan.

"Saya gembira kerana majoriti anggota Parlimen mempunyai pandangan jauh dan melihat ini sebagai satu perkara yang baik kerana kita akan berintegrasi dengan ekonomi dunia," kata Anggota Parlimen Kota Belud itu.


Perbahasan sihat

Pendapat itu disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyifatkan ia sebagai interpretasi bahawa kerajaan bersifat telus dengan memberi kebebasan untuk pembangkang menerima atau menolak TPPA.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata kelulusan TPPA juga berjaya menyampaikan mesej kerajaan mengenai kepentingan negara dalam menyertai TPPA.

"Perbahasan tersebut telah berlangsung dengan lancar walaupun ada ketikanya terdapat perbezaan pandangan antara pihak kerajaan dan pembangkang.

"Perbahasan secara sihat ini diharap dapat diteruskan dalam sidang-sidang akan datang," katanya.
Sementara itu ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh berkata pembangkang tetap dengan pendirian tidak bersetuju, kerajaan menandatangani perjanjian tersebut.

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berharap kerajaan dan rakyat akan memikirkan semula kesan-kesan yang ditanggung oleh negara akibat perjanjian TPPA.

Mesyuarat khas Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan usul mempersetujui penglibatan Malaysia dalam TPPA, sekali gus meletak negara selangkah ke hadapan untuk menandatangani dan meratifikasi perjanjian kompetitif itu.

Usul itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 127 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 84 lagi menolak.

Seramai 24 Anggota Parlimen membahaskan usul itu yang dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Selasa.